Saturday, March 16, 2013

ANWAR NAK GUNA SIAPA LAGI BALA DAH MATI

ANWAR NAK GUNA SIAPA LAGI BALA DAH MATI:



P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua. 
Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari.  Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat. 
Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.
PI Bala baru saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13.  Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.

PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala.  Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.

Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis.   Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan.  Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam. 
Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya.   Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya. 
Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya.   Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene. 
Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi. 
Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.  Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak?   Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut.  Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya. 
Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit.  Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR. 
Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak.  Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa.  Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.
Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan.   Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.   
Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya?  Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR?  Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya? 
Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala.  Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini.  Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.  
Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan.  Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar.  Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata. 
Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan. 
4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran?   Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi. 
Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala.  Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula.   Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya. 
Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya.
Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

Kapal AS ‘DIMUSNAHKAN’ Selepas ‘Tersangkut’ Di Laut Sulu, Kenapa?

Kapal AS ‘DIMUSNAHKAN’ Selepas ‘Tersangkut’ Di Laut Sulu, Kenapa?:




Ada satu perkara menarik yang mungkin ramai orang tidak tahu, terlepas pandang atau mungkin sengaja buat-buat tak tahu.
Sebuah kapal perang Amerika Syarikat, USS Guardian telah terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata di Laut Sulu pada 17 Januari lalu, iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.
Persoalan besarnya, dengan segala kelengkapan terkini dan sistem radar yang canggih, bagaimana kapal itu boleh ‘tersangkut’ di terumbu karang tersebut?
Lebih menimbulkan kemusykilan, dikatakan kapal perang berkenaan sengaja belayar keluar dari laluan asalnya.
Untuk rekod, pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang itu.
Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang berkenaan.
Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina
“ The question is, Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu berkenaan.
Ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut, mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Yang menjadi lebih pelik dan ajaib, kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.
Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.
Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.
Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.
Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina, kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.
Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.
Amerika Syarikat kini boleh memberikan apa saja alasan mereka…kapal tersangkutlah, demi rahsia kapal terpaksa dimusnahkanlah atau apa saja untuk mengjustifikasikan perkara tersebut.
Tetapi sebagai rakyat yang sedang tertanya-tanya di mana pengganas militan Sulu boleh mempunyai kelengkapan kenteraan yang canggih, persoalan ini akan terus berlegar-legar dalam pemikiran kita.
Kita pun tahu siapa Amerika yang sebenarnya, kita pun tahu peranan agensi perisikan mereka CIA yang ‘terkenal’ dalam bab melaga-lagakan sesebuah negara.
Jadi rasanya tidak salah kalau kita merasakan bahawa ada ‘sesuatu’ di balik kehadiran misteri kapal USS Guardian di Laut Sulu itu.
Dan percayalah, kita tidak akan terperanjat kalau mereka rupanya dalang yang membekalkan peralatan dan persenjataan kepada pengganas militan ini.
Mungkin kita salah, tetapi kita juga mungkin benar.
Yang pasti banyak perkara misteri di sebalik kemalangan yang menimpa kapal USS Guardian ini…hanya masa saja yang akan menentukan, bila segala persoalan tersebut akan terjawab!
Artikel ini sudah banyak disebarkan di laman sosial fb dan blog beberapa hari lepas...





Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM